Friends

SALAM SILATURRAHIM

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah."

Pencak Pukulan Tiga Belas. Gabungan dua beladiri yang tiada mempunyai nama pada awalnya. Namun wujud gurunya dan permulaannya. " Silat ini tiadalah bernama, tidak pernah juga aku letak akan namanya.. letakkanlah angka 9 akan namanya..." Maka sembilan itulah salah satu dari duanya, sebelum 13 menjadi namanya. Kerana yang satu itu lagi hanyalah empat akan tapaknya. Buat mendirikan batang tubuh yang belum tahu akan untung nasibnya. Pesan Pak Tua semasa berkelana di Kota Tinggi. Telah pun arwah guruku yang satu ini, tujuh hari sebelum arwah menghela nafasnya yang terakhir, sempat mengajarkan aku akan empat tapak yg diamalkan dan dipeliharanya. Amatlah mudah, ringkas dan berkesan dipelbagai keadaan. Lalu diilhamkan gelarannya permainan ini, Penchak Pukulan 13. 9+4=13. Jurusannya didirikan pada dasar lima tangan, empat kaki & empat tapak. Mudah-mudahan usaha mengembangkan Penchak ini membuahkan hasil dalam memartabatkan Silat pada Bangsanya. Memupuk semangat pada anak bangsa dan pewaris seterusnya tentang betapa pentingnya perjuangan sebuah bangsa, betapa pentingnya Silat dalam memartabatkan Agama dan Bangsa. InsyaAllah, mudah-mudahan lantaran usaha yang berdikit-dikit ini, mendapat berkat dan sinaran Rahmat dari Allah swt.

>> MAKA, APAKAH BEKALAN SERTA SAKI BAKI PENGETAHUAN YANG ANDA TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG??

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN



Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat & Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Keluarga Serta Sahabat-sahabat Baginda...

Kami seluruh warga Penchak Pukulan 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Umat Islam, Rakan-rakan Juang, Seluruh Warga & Perguruan Silat serta Pengamal dan Pencinta Seni Silat Melayu.


Semoga dengan kehadiran Aidilfitri ini dapatlah kita merapatkan segala jurang yang terbentang serta mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim yang terjalin dalam menyambut lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan harmoni.

Dikesempatan yang ada semoga dapatlah kita saling bermaaf-maafan dan melupakan segala sengketa serta salah faham yang terbit dari hati manusia seperti kita semua yang tidak pernah untuk sempurna dan sering melakukan kesilapan.


Pesanan serta ingatan buat semua serta diri kami sendiri :-

~ Ketika kita sedang bergembira, janganlah dilupa pada mereka yang masih bersedih ~
~ Berhati-hati dijalanraya, pandu cermat jiwa selamat ~


::: Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin :::

Risalah Warisan Bangsa...

Dari satu gelanggang ke satu gelanggang,
Dari rantau ke serata rantau,
Membentuk jatidiri melalui persilatan,
Menjadi bekalan ketika di perantauan...

Anak dagang menggalas bekalan,
Bukanlah makanan menjadi bekalan,
Eloklah bahasa eloklah badan,
Pekerti dijaga silaturrahim berpanjangan...